JZNK SERAH RM600 RIBU KEPADA KERAJAAN NEGERI KEDAH

>> Wednesday, March 16, 2011

ALOR SETAR, 16 Mac 2011

Jabatan Zakat Negeri Kedah Darul Aman (JZNK) hari ini menyerahkan cek zakat bernilai RM600,000.00 kepada Kerajaan Negeri kedah Darul Aman.

600Kserahedit

Cek tersebut adalah bertujuan urusan penghantaran pulang pelajar-pelajar anak negeri Kedah ke Mesir. Para pelajar ini pulang ke tanah air menerusi Ops Piramid disebabkan rusuhan kumpulan penentang kerajaan Mesir baru-baru ini.


Tuanku Sultan Kedah, DYMM Al Sultan Al-mu’tasimu Billahi Muhibbuddin Tuanku Alhaj Abdul Halim Mu’adzam Shah Ibni Almarhum Sultan Badlishah telah perkenan untuk menampung sebahagian kos penajaan daripada peruntukkan zakat berjumlah RM600,000.00.



Cek itu disampaikan oleh Setiausaha Jawatankuasa Zakat Negeri Kedah Darul Aman, Y.Bhg Dato’ Syeikh Ghazali bin Haji Yaacob kepada YB Dato’ Wira Haji Mohd Puat Bin Haji Mohd Ali, Pegawai Kewangan Negeri Kedah bertempat di pejabat beliau di Wisma Darul Aman disini hari ini. Turut hadir ialah Encik Ridzuan bin Ahmad, Penolong Setiausaha JZNK dan Tuan haji Sofiyuddin Bin Ismail, Pegawai Agihan & Pembangunan Asnaf JZNK.



Kos keseluruhan termasuk kos tiket dan wang saku sebanyak RM500.00 seorang ialah RM2.5juta. Jabatan Zakat Negeri Kedah sentiasa mendoakan kesejahteraan dan keselamatan pelajar-pelajar Kedah di bumi anbia.



sumber; portal zakatkedah.com

0 ulasan:

Powered By Blogger

  © Blogger templates Shiny by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP