Tunaikanlah zakat

>> Monday, January 19, 2009

Firman Allah swt yang bermaksud "Dan dirikanlah oleh kamu akan sembahyang dan tunaikanlah zakat dan apa jua yang kamu dahulukan dari kebaikan untuk diri kamu, tentulah kamu akan mendapat balasan pahalanya di sisi Allah. Sesungguhnya Allah sentiasa Melihat segala yang kamu kerjakan." - Surah Al Baqarah; Ayat:110

Read more...

Belajaq Bahasa Kedah

>> Tuesday, January 6, 2009



ghonot
[gho.not]
tundukkan badan ketika melalui dibawah sesuatu
Hang kena hati-hati sikit ghonot bawah pokok tu, banyak dahan gheput.

ghupin
[ghu.pin]
kulit kering dari luka
Ghupin hang hari tu dah lega dah noo..


kecek
[ke.chek]
pujuk
Nak duit ? Nu, pi kecek pak hang...


selului
[se.lu.lui]
kerap kali
Selului sangat dah, aku bagi pinjam duit kat Non tuu...

meghelop
[me.ghe.lop]
hampir malam
Hampa ni main sampai tak tau nak beghenti, dah meghelop dah nih.. pi balik kaihh..


ghona-ghoni
[ gho.na]
warna-warni
Ambooii, cantiknya ghona-ghoni baju dia


ghayup
[gha.yup]
lesap sekelip mata/ terlalu laju
Ish, puak ni bawak mutu me ghayup nak mampuih.. kot!

ghosek
[gho.sek]
selongkar
Apa hang ni, dok ghosek laci meja aku ni..


nyulog
[nyu.log]
jatuh tersembam/ dibelasah teruk
Haa, ,baru dia ada akai, kena taboh sampai menyuloq.. kahag sangat!


bulog
[bu.log]
lapar sangat
Tak ke bulog aku nak makan masakan dia tu..


taboh
[ta.boh]
pukul/ belasah
Dengag kata hang kena taboh dek Mat Rosni semalam?

ghelah
[ghe.lah]
terkoyak
Alamak! Ghelah baju aku kalau Mat Habib pakai!?


ghunaih
[ghu.naih]
cungkil/ kupil
Woi Jat! Hang dok ghunaih apa, tengok jaa dah laa..


geghek
[ge.ghek]
basikal
Setiap pagi Zainol kayuh gerek ke tempat gheja!


mod
[mot]
bawak pembonceng/ penumpang
Jat dok mod Nuri pi mana tuu...!? Sakan depa noo...


sakan
[sa.kan]
hebat/ tak sangka
Sakan jugak Jat ni.. dapat jugak dia si Nuri tu..!


sekeh
[se.keh]
luku secara sipi
Ish! Aku sekeh budak Sepol ni.. pat kali ajag tak gheti-gheti lagi.?!


seneghih
[se.ne.ghih]
selisih
Lah! Hang seneghih ngan aku kat K.L hari tu buat tak tau aja!


Meqhenin - tegang/cekang- perut Chaq nampak meqhenin selepas dia makan nasik tambah yang dihidangkan kat rumah kenduri tadi

Cemuih - bosan- cik putih ngan vics dah cemuih nak dengaq pak chaq dok perayat(mencurah rasa) depa hari-hari

Menyoqhok - sarapan pagi- pagi tadi misai ngan mat bed dok usha nasik lemak bekalan aku tu sebab depa tak menyoqhok lagi


Menghenyeh - gatai menqhela- tak habih-habih chaq dok menqhenyeh kat cik putih tu


Ndoi - buaian- isteri chaq selalu marah kat dia pasai dia penyegan nak hayun ndoi anak dia


cheme - pree- ada team yang mendapat mata cheme pada satu pertandingan kelmarin


seneghih - berlaga sipi-sipi


beghetoh - berlaga,


pengkarq - jalan mengengkang sikit, "korie tu, tak padan ngan kaki pengkarq, ada hati nak main bola 7 sebelah"


mandom - lembab/slow, " awat yang mandom sangat ni... tak cukup tidoq kot semalam?"


pangkin - benda yang ada 4 kaki rendah sikit drp meja, selalunya diletakkan dibawah pokok sebagai tempat berehat atau megheloh"


cunggit - "misai, mai dok tengah sikit, satgi cunggit, hang tu dahlah badan macam gasi"


ayam piru - ayam belanda/turkey


pak/mak/anak menakan - pak/mak/anak saudara


ketorq - bekas isi bahan buangan yang selalunya diperbuat dari tin


Heliaq - sapu atau lap
ayat dia : lepas makan jangan dok heliaq kat baju.


Kelepiaq - elakkan diri dari buat kerja.
ayat dia : hang jangan dok kelepiaq kalau aku suruh pi kedai.


Melingkaq - maksud dia aku tak pasti tapi ayat dia lebih kurang macam ni : tuu dia tengok misai tidok melingkaq macam ulaq sawa.


Baloq liat - malas
ayat dia : heee tengok budak misai tu,dah la tidoq melingkaq,baloq liat lak tu.


Ceghin - tegak


Kughuih Kelepiang - teramat kurus.
ayat dia : korie tu dah la kughuih kelepiang ,rambut pulak ceghin macam bulu landak.


kawaq - pencuri


melewaq- merayau/melilau


teqhebe - lastik cth : kepala pengadil habih bdarah krn di teghebe oleh peyokong kedah yg tak puas ati...


cemerkap - tak cermat


megheben - mengarut


celuih - muat,padan

Hinggut - goyang "oleh kerana zickeys gayat kalau dok kat tempat tinggi.... maka dia pun hinggut pokok nyoq tersebut dengan harapan buah nyoq muda lughuh..."


meghenyut - (Korie tu tak padan ngan anak meghenyut dah, dok menghela lagi)


bincut - binjul "tu dia la... kan aku suruh tunduk, tak pasai-pasai kepala hang bincut dah teghantuk dengan alang tu"


pancat - pancit


klesen - mesin padi (first time aku dengaq bila wife aku sebut dulu, aku gelak sampai pecah peghut.... aku ingat laa... "klesen" ni orang Hutan Kampung saja yang sebut kot?... he he he jangan habaq kat bini aku, takut kena tidoq luaq)


segagan - sebaya


beghemba - bersaing-saing. .. "Kalau kayuh geghek tu jangan dok beghemba, nanti gheta belah kot belakang" mak aku pesan kat aku sambil menghulurkan bekal nasik lauk teloq goreng mata khebau berkuah toyu sebelum aku kesekolah pada pagi kelmaghin... .


met ngot - lembab selembab-lembabnya. ... Awat la yang met ngot sangat ni..... depa dah tak sabaq dah nak ambik gambaq tuu....


Toyu - kicap


segan - malu


beranda - serambi


mengoit - jangan dok mengoit.... satgi gambaq tak elok... kata ustad kat matbed...


kucai - kacau (orang dulu-dulu sebut kucai)


melugai - meloya

Read more...

Bicara Zakat Pendapatan

>> Saturday, September 20, 2008

BICARA ZAKAT
Soalan:Mutakhir ini kita didedahkan dengan zakat pendapatan. Soalnya, apakah dalil yang mewajibkan zakat pendapatan ini?
Jawapan:
Zakat ke atas pendapatan adalah wajib dikeluarkan sebagaimana yang telah di fatwakan oleh kebanyakan ulama mutaakhirin termasuk Prof. Dr. Yusof Qardhawi dan Dr. Hussein Shahatah, demikian juga oleh Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan.
Terdapat banyak dalil yang menunjukkan kewajipan zakat pendapatan ini, antaranya firman Allah: Wahai orang-orang yang beriman keluarkanlah sebahagian dari usaha kamu yang baik-baik dan sebahagian daripada apa yang telah Kami keluarkan dari bumi untuk kamu. (al-Baqarah: 267)
Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud, “Jika kamu memiliki 200 dirham dan genap haulnya maka di dalamnya (zakat) 5 dirham, dan tidak takwa ke atas kamu sesuatu iaitu di dalam emas, sehingga kamu memiliki 20 dinar. Apabila kamu memiliki 20 dinar dan genap haulnya, maka di dalamnya (zakat) setengah dinar.” (Riwayat Abu Daud)
Di samping itu, berdasarkan catatan sejarah, pada zaman pemerintahan khalifah Umar bin Abdul Aziz (meninggal 72M) baginda telah pun melaksanakan zakat pendapatan ini ke atas gaji para tenteranya.
Ulama mutakhir menyatakan, secara perbandingan zakat pendapatan ini adalah seperti zakat pertanian (kerana hasil pertanian itulah pendapatan para petani). Jika para petani diwajibkan berzakat sebanyak lima hingga 10 peratus setiap kali musim menuai, bagaimana pula dengan mereka yang memperolehi gaji pada setiap bulan. Logik akal menyatakan, sudah pastilah zakat juga turut wajar dikenakan ke atas pendapatan itu.

Read more...

Zakat bukti kekuatan iman, keikhlasan

>> Sunday, September 14, 2008

ALLAH sudah menentukan hak orang miskin dalam harta orang kaya melalui zakat. Ketentuan Allah itu bagi memenuhi hajat dan keperluan orang miskin sebagai asnaf yang berhak menerima harta zakat. Al-Quran dan Sunnah sentiasa menyebutkan solat dan zakat secara beriringan untuk menggambarkan betapa kuatnya hubungan antara kedua-dua amalan itu. Juga untuk menegaskan tidak akan sempurna Islam seseorang jika mengabaikan kedua-duanya atau salah satu daripadanya. Al-Quran menyebut, menunaikan zakat adalah sifat orang beriman yang baik, bertakwa dan suka menderma. Zakat salah satu tanda keimanan dan bukti keikhlasan seseorang.


Antara hikmat zakat ialah:


· Satu saranan yang boleh menolong fakir miskin. Dengan zakat kita boleh menolong orang miskin supaya dapat melaksanakan perintah Allah dan mengerjakan amal ibadat.


· Zakat dapat menyucikan orang yang mengerjakannya daripada kekotoran dosa, bersifat murah hati dan mengelak sifat bakhil. Amalan zakat menggalakkan sifat tolak ansur, menunaikan amanah Allah dengan senang hati dan menyampaikan hak yang ada dalam hartanya kepada fakir miskin.


· Allah menganugerahkan pelbagai nikmat kepada orang kaya dan satu cara untuk mensyukurinya adalah dengan menunaikan zakat. Al-Quran menyebut kepentingan zakat bersama solat sebanyak 28 kali. Islam memperkenalkan zakat sebagai sesuatu hak yang mesti ditunaikan. Sejarah membuktikan bahawa Abu Bakar memerangi orang yang enggan membayar zakat selepas kewafatan Nabi SAW. Menurut al-Qaradawi, dalam konsep zakat ini, Islam menetapkan tiga pengawal iaitu iman kerana iman yang dimiliki mendorong seseorang mengeluarkan zakat secara rela. Kedua, jiwa masyarakat yang tidak mempersoalkan tuntutan mengeluarkan zakat dan pengawal ketiga ialah negara yang merangka serta melaksanakan sistem zakat secara berkesan. Al-Qaradawi berkata, zakat ialah setiap harta yang berkembang iaitu harta itu sendiri yang berupaya berkembang dan bertambah. Contohnya haiwan seperti unta, lembu, kambing, biri-biri dan sebagainya.
Pada zaman Umar al-Khatab diwajibkan zakat ke atas kuda kerana ia bertambah dan berupa harta. Selain haiwan, tanaman juga dikenakan zakat. Al-Qaradawi berpegang kepada pandangan mazhab Abu Hanifah yang berpendapat setiap apa saja yang terhasil daripada bumi adalah diwajibkan zakat ke atas perkara itu apabila mencukupi syarat. Oleh itu, ia tidak khusus kepada jenis tertentu sebagaimana digariskan oleh mazhab lain. Pendapat ini lebih dekat dengan keadilan Islam dan bersesuaian hadis Nabi SAW yang menyebut bahawa sesuatu yang mendapat siraman dengan air hujan dikenakan zakat sepersepuluh. Perkara itu termasuk semua harta yang berkembang mempunyai tanggungan wajib zakat walaupun tidak ada nas yang tetap daripada Rasulullah SAW tetapi masalah ini dapat diambil daripada kewajipan zakat secara umum dalam al-Quran dan hadis. Sebahagian ahli fekah membatasi kewajipan zakat hanya kepada yang dilakukan oleh Rasulullah SAW seperti zakat unta, kambing, gandum, kurma, emas dan perak. Sebahagian ahli fekah meluaskan kewajipan zakat sehingga mencakupi semua harta dianggap berkembang pada zamannya. Antara ulama paling menonjol dalam hal ini ialah Imam Abu Hanifah yang mewajibkan semua hasil tumbuhan untuk perniagaan sehingga ia tidak mewajibkan nisab waktu setahun bagi mengeluarkan zakatnya. Abu Hanifah juga mewajibkan semua jenis binatang yang dikembangkan untuk tujuan kepentingan perniagaan. Beliau mewajibkan berzakat atas barang perhiasan namun tidak mewajibkan semua kecuali bagi orang yang sudah baligh. Dalil keluasan kewajipan berzakat ini ialah:


· Nas umum mengenai kewajipan berzakat dalam al-Quran dan hadis menetapkan bahawa pada setiap harta terdapat hak orang lain, sedekah dan zakat


· Setiap orang yang memiliki kelebihan harta memerlukan penyucian atas harta yang mereka miliki. Penyucian itu dilakukan dengan memberi infaq, sedekah dan zakat


· Harta memerlukan penyucian daripada perkara meragukan ketika mendapatkannya atau ketika mengembangkannya melalui zakat


· Zakat disyariatkan untuk memenuhi keperluan fakir miskin, orang berhutang, berjuang kepada jalan Allah (Ibn Sabil) demi kepentingan agama dan umat Islam


· Menkiaskan semua harta yang berkembang dengan harta diwajibkan oleh Rasulullah untuk dikeluarkan zakat. Bagi menjayakan tujuan zakat mestilah memperluaskan kewajipan zakat. Ia tidak terhad kepada unta, lembu, kambing, gandum, padi, kurma, emas dan perak. Menurut al-Qaradawi, adalah tidak logik hanya mewajibkan zakat ke atas penanam padi secara kecil-kecilan lebih-lebih lagi ada di antara mereka yang menyewa tanah dan hanya mengambil upah saja. Sedangkan bagi mereka yang mempunyai ladang luas beratus-ratus ekar tidak dikenakan zakat semata-mata kerana tanaman mereka bukan daripada jenis yang sama. Justeru, bagi melaksanakan keadilan dalam Islam, maka kita perlu melihat kepada semua mazhab. Contohnya di Mesir, kapas adalah tanaman berharga dan hasil tanamannya menghasilkan pendapatan hingga puluhan ribu. Layakkah kita mengatakan ia tidak perlu dikeluarkan zakat sementara petani gandum dan jagung pula diwajibkan zakat apabila cukup nisabnya sedangkan pendapatan mereka tidak semewah petani kapas tadi. Dalam hal meluaskan kewajipan berzakat adalah disarankan supaya kita tidak berpegang kepada satu mazhab tetapi mengambil pandangan mazhab dan imam lain kuat dalil dan hujah serta menepati kehendak keadilan Islam. Perkara kedua adalah pengagihan zakat. Al-Quran mengambil berat hal ini dengan menentukan orang yang berhak menerima zakat. Matlamat utama zakat ialah untuk mengatasi masalah kefakiran dan kemiskinan. Peranan zakat memenuhi keperluan asas orang fakir dan miskin serta asnaf lain seperti orang yang berhutang. Hutang bukan untuk perkara maksiat dan sia-sia. Begitu juga zakat tidak diberikan kepada yang berhutang bukan kerana barang keperluan asasi mereka. Golongan lain yang berhak mendapat zakat adalah orang yang berjihad pada jalan Allah dan berdakwah menyebarkan Islam kepada bukan Islam. Institusi zakat patut membantu organisasi yang menjalankan tugas sedemikian. Oleh itu, kita menyeru pelaksanaan zakat secara sistematik dan profesional. Ulama bersepakat perlu ditubuhkan satu badan khas bagi mengelolakan zakat, untuk memungut dan membahagikan kepada orang yang berhak menerimanya.


Oleh Mohd Rumaizuddin GhazaliBerita Harian, 5 Mei 2008

Read more...

Koleksi Gambar

>> Thursday, September 11, 2008





Sekitar pemandangan Pesta Orkid Antarabangsa,
Danga Bay 2006

Read more...

KELEBIHAN SOLAT TERAWIH

1. Kelebihan Solat Tarawih Malam Pertama Diampuni dosa orang-orang yang beriman sebagaimana keadaannya baru dilahirkan.

2. Kelebihan Solat Tarawih Malam Kedua Diampunkan dosa orang-orang yang beriman yang mengerjakan solat Tarawih, serta dosa-dosa kedua ibubapanya.

3. Kelebihan Solat Tarawih Malam Ketiga Para malaikat di bawah 'Arasy menyeru kepada manusia yang mengerjakan solat Tarawih itu agar meneruskan solatnya pada malam-malam yang lain, semoga Allah akan mengampunkan dosa-dosa mereka.

4. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keempat Orang-orang yang mengerjakan solat Tarawih akan memperolehi pahala sebagaimana pahala yang diperolehi oleh orang-orang yang membaca kitab-kitab Taurat, Zabur, Injil dan Al-Quran.

5. Kelebihan Solat Tarawih Malam Kelima Allah SWT akan mengurniakan pahala seumpama pahala orang-orang yang mengerjakan sembahyang di Masjidil Haram, Masjidil Madinah dan Masjidil Aqsa.

6. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keenam Allah S.W.T akan mengurniakan kepadanya pahala seumpama pahala malaikat-malaikat yang bertawaf di Baitul Makmur serta setiap batu dan tanah berdoa untuk keampunan orang-orang yang mengerjakan tarawih malam itu.

7. Kelebihan Solat Tarawih Malam Ketujuh Seolah-olah ia dapat bertemu dengan Nabi Musa a.s serta menolong Nabi itu menentang musuhnya Fir’aun dan Hamman.

8. Kelebihan Solat Tarawih Malam Kelapan Allah S.W.T mengurniakan pahala orang yang bersolat tarawih sebagaimana pahala yang dikurniakan kepada Nabi Ibrahim a.s.
9. Kelebihan Solat Tarawih Malam Kesembilan Allah S.W.T akan mengurniakan pahala dan dinaikkan mutu ibadat hamba-Nya seperti Nabi Muhammad s.a.w.

10. Kelebihan Solat Tarawih Malam Kesepuluh Allah SWT mengurniakan kepadanya kebaikan dunia dan akhirat.

11. Kelebihan Solat Tarawih Malam Kesebelas Ia meninggal dunia di dalam keadaan bersih dari dosa seperti baru dilahirkan.

12. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduabelas Ia akan dibangkitkan pada hari kiamat dengan muka yang bercahaya-cahaya.

13. Kelebihan Solat Tarawih Malam Ketigabelas Ia akan datang pada hari kiamat di dalam keadaan aman sentosa dari sebarang kejahatan dan keburukan.

14. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keempatbelas Malaikat-malaikat akan datang menyaksikan mereka bersolat Tarawih serta Allah S.W.T. tidak akan menyesatkan mereka.

15. Kelebihan Solat Tarawih Malam Kelimabelas Semua malaikat yang memikul ‘Arasy dan Kursi akan berselawat dan mendoakannya supaya Allah mengampunkannya.

16. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keenambelas Allah S.W.T. menuliskan baginya dari kalangan mereka yang terlepas dari api neraka dan dimasukkan ke dalam syurga.

17. Kelebihan Solat Tarawih Malam Ketujuhbelas Allah S.W.T menuliskan baginya pahala pada malam ini sebanyak pahala Nabi-Nabi.

18. Kelebihan Solat Tarawih Malam Kelapanbelas Malaikat akan menyeru: Wahai hamba Allah sesungguhnya Allah telah redha denganmu dan dengan kedua ibu bapamu (yang masih hidup atau yang sudah mati).

19. Kelebihan Solat Tarawih Malam Kesembilanbelas Allah S.W.T akan meninggikan darjatnya di dalam Syurga Firdaus.

20. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh Allah S.W.T mengurniakan kepadanya pahala sekelian orang yang mati syahid dan orang-orang soleh.

21. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh satu Allah S.W.T akan membina untuknya sebuah mahligai di dalam syurga yang diperbuat dari cahaya.

22. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh dua Ia akan datang pada hari kiamat di dalam keadaan aman dari sebarang huru-hara pada hari tersebut.

23. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh tiga Allah S.W.T akan membina untuknya sebuah bandar di dalam syurga daripada cahaya.

24. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh empat Allah S.W.T akan membuka peluang untuk dua puluh tahun ibadat bagi orang-orang yang mengerjakan solat Tarawih pada malam tersebut.

25. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh lima Allah S.W.T akan mengangkat seksa kubur darinya.

26. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh enam Allah S.W.T akan mengurniakan pahala empat puluh tahun ibadat bagi orang-orang yang mengerjakan solat Tarawih pada malam tersebut.

27. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh tujuh Allah S.W.T akan mengurniakan kepadanya kemudahan untuk melintasi titian sirat sepantas kilat.

28. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh lapan Allah S.W.T akan menaikkan kedudukannya seribu darjat di akhirat.

29. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh sembilan Allah S.W.T akan mengurniakan kepadanya pahala seribu haji yang mabrur.

30. Kelebihan Solat Tarawih Malam Ketigapuluh Allah S.W.T akan memberi penghormatan kepada orang yang bertarawih pada malam terakhir dengan firman-Nya (yang bermaksud): Wahai hambaku!, makanlah segala jenis buah-buahan yang Engkau ingini untuk dimakan di dalam syurga dan mandilah kamu di dalam sungai yang bernama salsabil serta minumlah air dari telaga yang dikurniakan kepada Nabi Muhammad s.a.w. yang bernama Al-Kautsar.

Read more...

IBADAT PUASA

" Wahai orang-orang yang beriman, telah wajib ke atas kamu berpuasa sebagaimana telah diwajibkan ke atas umat-umat yang sebelum kamu, semuga kamu menjadi orang yang bertakwa."
Surah Al Baqarah, ayat 183
Ditegaskan oleh Rasulullah SAW melalui sabdanya yang diriwayatkan oleh Ahmad, An- Nasa'i dan Al Baihaqi dari Abu Hurairah, yang bermaksud:

"Sesungguhnya telah datang kepada kamu bulan Ramadhan bulan yang penuh berkat. Allah telah fardhukan ke atas kamu berpuasa padanya. Sepanjang bulan Ramadhan itu dibuka segala pintu Syurga dan ditutup segala pintu neraka serta dibelenggu segala syaitan......."

PENGERTIAN PUASA
Puasa ertinya menahan diri dari makan dan minum dan dari segala perbuatan yang boleh membatalkan puasa, mulai terbit fajar hinggalah terbenam matahari.
PUASA WAJIB
Puasa bulan Ramadan, puasa kifarat dan puasa nazar.
PUASA SUNAT
Puasa enam hari pada bulan Syawal
Puasa hari Arafah
Puasa Hari Asyura pada 10 Muharam
Puasa bulan Syaaban
Puasa Isnin dan Khamis
Puasa tengah bulan iaitu 13,14,15 pada tiap-tiap bulan qamaria (tahun Hijrah)
PUASA MAKRUH
Puasa yang terus menerus sepanjang masa
Tidak termasuk dua hari raya dan hari tasyriq
PUASA HARAM
Puasa pada hari raya pertama Idil Fitri
Puasa pada hari raya pertama Haji
Puasa tiga hari sesudah hari raya haji atau hari tasyriq iaitu pada 11,12, dan 13 Zulhijjah.
SYARAT WAJIB PUASA
Berakal
Akhir Baligh (Cukup umur)
Kuat atau mampu mengerjakan puasa
SYARAT SAH PUASA
Islam
Mumayyiz (dapat membezakan yang baik dan buruk)
Suci daripada haid dan nifas
Dalam waktu yang dibolehkan berpuasa.
RUKUN PUASA
Berniat - Pada malam selama bulan Ramadhan hendaklah berniat di dalam hati bahawa kita akan mengerjakan puasa pada hari esok.
Menahan diri daripada segala yang membatalkan semenjak terbit fajar sampai terbenam matahari.
PERKARA YANG MEMBATALKAN PUASA
Makan dan minum dengan sengaja
Muntah dengan sengaja
Bersetubuh tanpa keluar mani pada siang hari bulan Ramadhan
Keluar darah haid atau nifas
Gila
Keluar mani akibat bersetubuh dengan perempuan. Tetapi keluar mani kerana bermimpi tidak membatalkan puasa.
ORANG YANG DIIZINKAN BERBUKA ATAU TIDAK BERPUASA
Orang yang sakit
Orang yang dalam perjalanan jarak jauh melebihi 52 batu atau 80.64 km.
Orang tua yang sudah lemah
Orang yang hamil dan orang yang menyusukan anak.

Read more...
Powered By Blogger

  © Blogger templates Shiny by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP